Ingatlah firman Allah swt dalam al-quran bahawa DIA sentiasa memerhatikan kita:
"dan DIA bersama-sama kamu di mana saja kamu berada" - Al-Hadid:4
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak pula dilangit'
Jadi setiap Muslim yang ingat kaedah ini mampu menjaga diri, serta memastikan setiap detik dilalui dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.
Allah swt juga mengingatkan kita bahawa DIA menugaskan dua malaikat yang bersama-sama dengan kita iaitu malaikat raqib dan atid. Kedua-dua malaikat ini bertugas menulis dan mencatat segala perbuatan kita, baik atau buruk.
Malangnya ramai yang kurang menyedari, dan kadang-kadang lupakan perkara ini. Itu menyebabkan ramai terjebak dengan aktiviti kurang sihat. Mungkin kita kurang meyakininya, almaklum tak dapat ditengok dengan mata kita.
Namun begitu dalam dunia canggih hari ini, kita akan dapat memahami hakikat 'kita sentiasa diperhati...' dengan begitu mudah. Alhamdulillah ia amat membantu orang-orang Islam memahami hakikat ini dan menguatkan lagi pergantungan kita kepada Allah swt.
Lihatlah penggunaan satelit untuk memerhatikan apa yang berlaku didunia hari ini, malah kita dapat melihat kawasan yang jauh dari kita dengan senang saja. Pendek kata kalau tak sempat balik kampung bolehlah kita balik melalui 'google earth'. Dapat melihat kampung halaman dalam internet saja sudah dapat menggembirakan hati kita.
Namun begitu kita tidak tahu apakah bentuk pemerhatian yang dilakukan kepada kita oleh pengendali-pengendali satelit ini. Sebagaimana kita tidak tahu setakat mana Allah kepada kita. Jadi apakah kita masih belum yakin bahawa 'kita sentiasa diperhati...'?.
Dalam melayari internet pula, kita dapat bertemu pelbagai program yang dicipta untuk memerhatikan apa saja perbuatan kita, kemudian setiap tempat yang kita tuju, web yang kita baca, komen yang kita tulis semuanya tercatit. Jadi setiap langkah kita, berapa lama masa kita habiskan diinternet semuanya ada dicatat.
Barulah kita sedar berapa lama masa kita dihabiskan didepan komputer...alhamdulillah Allah swt menjadikan orang-orang bukan Islam memikirkan satu cara untuk kita muraqabah diri kita.
Malah bagi para bloggers pula, dapat melihat siapa yang ke blog mereka, apa yang mereka baca, apa yang dicari, ke mana mereka pergi selepas membaca blog itu. Jadi apakah orang-orang Islam masih belum mampu mengambil pelajaran dari usaha-usaha ini?.
Sekiranya kita masih lagi was-was tentang pemerhatian (muraqabah) ini, fikirkanlah sekiranya manusia mampu mencipta pelbagai program untuk memerhati segala pergerakan kita di internet. Allah yang Maha Perkasa mampu melakukan lebih lagi untuk memerhatikan tingkah laku kita di dunia ini. Jadikanlah setiap kerja yang kita lakukan di internet sebagai satu jalan dakwah kita, kerana 'kita sentiasa diperhati oleh-NYA. Fikir-fikirkan.lah
No comments:
Post a Comment
Syukran jazilan kathira atas komen anda~~