07/06/09
Australia
Victoria
Clayton
Monash University
Aku masih disini…
Meneruskan apa yang telah aku mulakan
Akanku kuatkan semangat
Akanku genggam erat keazaman
Akanku berjalan dengan penuh keyakinan
Untuk menimba sekelumit dari ilmu Mu Ya Rabb
Aku masih disini…
Meniti hidup yang masih diberi peluang olehNya
Mengisi setiap masa dengan penuh hemah
Memegang janji yang telah diamanahkan
Tekad harus dikuatkan
Aku masih disini…
Walau payah walau susah
Akan ku bangkit setelah jatuh
Tidak akan ku biarkan diri berputus asa
Kerana kejayaan itu pasti
Menjadi milikku suatu hari nanti
Aku masih disini…
Masih berada dibawah pengusaan Allah Yang Maha Satu
Masih berlindung dibawah naungan Al-quran Kalamullah
Masih meneruskan perjuangan para sahabat
Menjadi khalifah untuk
Menegakkan Islam di muka bumi
Aku masih disini…
Mengumpul setiap cebis amalan
Yang akan ku bawa mengadapNya
Kerna ku pasti akan tiba saatnya
Kerna ku tahu janji Allah itu benar
Kehidupan disana adalah yang abadi
Ku pinta SyurgaMu
Walau diri sedar
Layakkah aku?
Namun terlalu sukar untuk membayangkan
Pedihnya azab nerakaMu…
Aku masih disini…
Masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar
Masih dapat menikmati indahnya ciptaan Illahi
Masih diberi peluang untuk bergerak bebas
Masih merasai ketenangan yang amat didamba oleh saudaraku di Palestin
Aku bersyukur…
Aku bersyukur…
Aku bersyukur…
Kerna aku masih disini…
Alhamdulillah~~
No comments:
Post a Comment
Syukran jazilan kathira atas komen anda~~