Verses from the Nobel Qur'an

'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."

They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'

( Surah Al-Baqarah : 155-157 )

Sunday, March 20, 2011

Dosa manusia

Makin hari aku melihat bumi makin tenat,sesak dek xtertanggung lagi untuk menahan dosa2 yang dilakukan oleh manusia. Makanya bumi memuntahkan isi perutnya tanda amaran kemurkaan Yang Esa. Pernahkah kita mengambil ibrah (pengajaran) dari setiap bencana yang Allah turunkan kepada ummat manusia? Lantas apakah yang perlu kita lakukan? Sedarkah kita bumi ini sudah pun berada di penghujung usia nya? Allahu Allah...

Manusia seolah-olah semakin rakus mengejar dunia, semakin buta dalam menilai hakikat kehidupan yang sementara, semakin lemas dalam mengejar kemewahan dunia, semakin bisu dalam menegakkan kalimat Allah. Saudaraku,sahabatku,ketahuilah aku sangat sayangkan kalian. Aku sangat inginkan kita mampu bersua di Syurga kelak. Sedarlah, harganya sangat mahal. Marilah sama-sama kita berpimpin tangan menuju jannahNya.

Cukupkah sekadar melafazkan syahadatain?solat lima waktu? puasa sebulan bulan Ramadhan? menunaikan zakat? mengerjakan haji? Ayuh sama-sama kita menegakkan kalimah Allah sebagaimana bangkitnya rakyat Mesir dan Tunisia. Perbaiki diri, amalkan Islam secara keseluruhannya.

Penat memikirkan dosa manusia, besarnya amanah, beratnya tanggungjawab. Namun itulah tugas khalifah di muka bumi ini. 

"Ummati...ummati...ummati..."~ di saat penghujung nafas,baginda s.a.w masih lagi teringatkan ummatnya...betapa sayangnya baginda kepada kita..

Kata-kata Ibn Qaiyyim Al Jauziyyah menguatkan diri untuk meneruskan langkah ini...
Perjalanan seorang daie sungguh panjang dan meletihkan.
Orang-orang yang lalai akan bertanya kepada sang daie,
"mengapa kau harus melelahkan diri seperti ini?" 
Jawab sang daie dengan pasti,
"aku mengharapkan kerehatan di akhirat kelak "



Wednesday, March 16, 2011

RINDU : Rumahku Syurgaku

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...
Rumahku syurgaku...pernahkah kita terfikir kenapa apabila disifatkan sebuah rumah itu, rumah akan disifatkan dengan syurga? Aku pernah terbaca dalam blog Hilal, ada menyebut bahawa dia rindu pada rumahnya iaitu : Syurga. Kenapa? kerana jika diteliti, kita sememangnya berasal dari syurga ; merujuk kepada N.Adam a.s dan Hawa. Mungkin kerana itulah Rumahku Syurgaku.
Pernahkah kita pergi menginap di sebuah hotel mewah lengkap segalanya-galanya tapi kita masih rasakan yang rumah kita adalah yang terbaik dan paling selesa? Itulah sebenarnya naluri seorang manusia. Allah ciptakan manusia dengan fitrah ingin kembali kepada asal kita. Tapi harganya sangat MAHAL. Seluruh kemewahan kehidupan didunia tidak akan mampu untuk membeli harga sebuah SYURGA melainkan dengan rahmat Allah s.w.t.
Tiba-tiba aku terasa sangat rindu pada rumahku as in rumah di Kelantan. Sedar x sedar,dah hampir 3tahun lebih aku jarang berada di rumah. Tidak tahu kenapa, tapi rasa sangat rindu. huhu. agaknya kalau boleh balik naik bas je,dah lama beli tiket balik.
ohh,pernahkah aku rindu untuk pulang ke syurga seperti aku rindu untuk pulang ke rumah? Allahu Allah~ sungguh,aku RINDU (-.-)