Gemersik hati pada rembulan
menatap penuh keasyikan
indahnya tidak mampu disangkal
menusuk tajam ke sanubari
percikan ketenangan
dambaan manusia saban hari
kurniaan Illahi hanya pada yang berhak
kulihat pepohon yang menghijau
titisan embun menjernihkan hati
pada ketenangan yang tak terungkap
ku alih pandangan pada bunga yang tersergam
hati tidak mampu menafikan
hakikat keindahan
yang dicipta penuh ketelitian
sentuhan Pencipta Maha Halus
ku dengar alunan alam
pada kicauan burung
cukup untuk menghilangkan resah
menghiburkan hati yang lara
kerana hakikatnya
ia bertasbih memuji Sang Pencipta
mengingatkan manusia akan hakikat penciptaan
bagi mereka yang sedar
bagi mereka yang berfikir
Bicara hati pada alam
aku cemburu melihat kepatuhanmu
yang sentiasa mengikut sunnatullah
pastinya tiada dosa yang terpalit
aku yang harus menerus
bermujahadah
dalam menuntun tiap langkah
menuju Yang Esa
sekali tersungkur
lantas dahi terus bersujud
ku bisikkan pada alam
jadilah temanku
jadilah pendampingku
agar aku sentiasa berfikir
akan hakikat penciptaan
lantas mengungkapkan
syukur penuh kenikmatan
Allahu Allah~
Subhanallah! sgt cantik~I wish I could see it with my own eyes one day ^.^
Allahu Allah~
Subhanallah! sgt cantik~I wish I could see it with my own eyes one day ^.^
keindahan alam mampu mengubat hati yg resah gelisah..:)
ReplyDeletebtul~ damai je tgk alam =)
ReplyDelete