Verses from the Nobel Qur'an

'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."

They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'

( Surah Al-Baqarah : 155-157 )

Friday, October 21, 2011

Hutang

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...

Alhamdulillah, berjaya juga untuk update blog. Dah lama bercita-cita nak update, tapi seringkali ilham datang bukan pada masa berada depan laptop. Alhamdulillah, kali ini terus capai keyboard saat ilham tiba-tiba datang. hehe (poyo je).

ok, seperti tajuk entry ini, saya nak kongsi sedikit mengenai 'Hutang' based on pengalaman, pemerhatian, ilmu dan juga pendapat saya. Maksudnya setiap interpretation saya boleh jadi betul dan boleh jadi juga salah. 'Ala kulli haal, semuanya terpulang pada anda semua untuk mengambil dan menilainya. Jika ada yang salah, harap ditegur kerana hakikat kita sebagai manusia yang tidak lari dari kesalahan dan ketidaksempurnaan. Ok,panjang pulak muqaddimahnya.

Apabila kita bercakap mengenai hutang, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita pastinya 'duit'. Maka hutang disinonimkan (mungkin lebih tepat guna perkataan dikaitkan) dengan duit. Tetapi pernahkan kita terfikir bentuk2 hutang yang lain? Ok,pada saat ini,anda pasti berhenti sejenak dan cuba fikirkan perkara lain yang dikaitkan dengan hutang. Betul? hehe (kalau salah, buat malu je). Mungkin anda akan terlintas mengenai hutang jasa atau budi. Ala seperti pantun yang kita selalu dengar masa zaman sekolah2 dahulu tu,
'Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati'
(err,macam bukan pantun je,maybe kata orang tua2 kot)
Betul,hutang budi memang dibawa mati. Tapi, pada pendapat saya, elok juga kalau kita kata 'Hutang emas boleh dibayar, hutang budi Allah yang balas'. err,ke bunyi cam pelik? Apa2 je la kan.

Sebenarnya saya nak bercakap mengenai dua hutang. Pertama, hutang duit. Saya percaya, sepanjang hidup kita,kita mesti pernah berhutang. Betul? Paling tidak pun, 'eh,xcukup seposen la,pinjam duit ko kejap,lepas ni aku bayar' pernah kita alami. Sekecil2 hutang,pasti ada yang menyaksikannya. Malaikat kanan kiri sedia mencatat segala-galanya. Allah pula sentiasa memerhatikan hambaNya. Maka, selepas berhutang, eloklah kita bersegera melangsaikannya kerana kita mungkin akan terlupa apabila kita menangguh-nangguhnya. Kita juga seeloknya menulis (merekod) setiap kali kita berhutang dan perlu ada saksi. Manakala, bagi orang yang berhutang dengannya (pemiutang eh?), mesti la tengok juga keadaan orang yang berhutang. Sila lah bertoleransi, fahami keadaannya. Sesuai dengan apa yang Allah firman dalam Quran :
'Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkan, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.' [2:280]
Nah, Allah nak bagi 'duit' kat kita di akhirat kelak. Allah akan bayar balik kat kita dengan bayaran yang lagi tinggi. So, bersedekahlah ^.^ Sebelum tidur, 2perkara yang elok untuk dilakukan adalah
1. memaafkan orang lain
2.menghalalkan hutang yang dipinjam (atau mungkin boleh cakap, aku halalkan sahaja,tapi kalau dia nak bayar,terpulang padanya...ehhe)

Manakala, bagi yang berhutang duit biasiswa/pinjaman, sila lah bayar secepat mungkin. Duit tu adalah duit seluruh rakyat. xtakut ke nanti diakhirat, semua orang tiba2 datang tuntut hutang kat kita. Jadilah kita muflis/bankrap di akhirat. naudzubillahi min zalik.

Kadang-kadang saya xfaham kenapa orang yang berhutang ni mampu untuk beli benda lain tapi xboleh nak bayar hutang. Pelik betul. xrasa takut ke? xrasa bersalah ke? Allahu Allah. Orang yang syahid pun xboleh masuk syurga kalau dia berhutang (xpasti hadith ke qaul ulama'). Tiba2 nak tanya, kalau saya ada berhutang dengan anda, jangan segan2 nak tuntut ngan saya. hehe

Ok, hutang yang kedua adalah hutang dengan Allah. Haa,pernah terfikir x? Kita duk kat dunia ni sebenarnya kita berhutang dengan Allah. Dua benda sahaja kita berhutang dengan Allah :
1. menjadi khalifah di muka bumi (sape ingat yang ni refer ayat mana?)
2.menjadi hambaNya (rujuk [51:56])
Banyak benda dah Allah bagi free kat kita, tangan,mulut,kaki,hidung,udara,air etc. Allah xmintak bayaran pun untuk setiap oksigen yang kita sedut tu. Tapi pernahkah kita bersyukur? pernahkah kita terfikir nak langsaikan hutang kita dengan Allah? pernahkah kita cuba untuk bayar hutang Allah tu?
Macam mana nak bayar? hurm...
sampaikan Islam pada sesiapa sahaja dan jadilah yang terbaik.
laksanakan ibadat pada Allah sebanyak2nya (ibadah kat sini bukan ibadah khusus sahaja tetapi seluruh kehidupan kita,cuma perlu diniatkan kerana Allah tiap kali nak buat sesuatu, boleh?)

Jom sama2 jauhi hutang!

(internet ada masalah,xboleh pulak nak masukkan gambar.huhu)

berjalan..
menongkah...
tersungkur..
bangkit!

No comments:

Post a Comment

Syukran jazilan kathira atas komen anda~~