Verses from the Nobel Qur'an

'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."

They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'

( Surah Al-Baqarah : 155-157 )

Wednesday, March 16, 2011

RINDU : Rumahku Syurgaku

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...
Rumahku syurgaku...pernahkah kita terfikir kenapa apabila disifatkan sebuah rumah itu, rumah akan disifatkan dengan syurga? Aku pernah terbaca dalam blog Hilal, ada menyebut bahawa dia rindu pada rumahnya iaitu : Syurga. Kenapa? kerana jika diteliti, kita sememangnya berasal dari syurga ; merujuk kepada N.Adam a.s dan Hawa. Mungkin kerana itulah Rumahku Syurgaku.
Pernahkah kita pergi menginap di sebuah hotel mewah lengkap segalanya-galanya tapi kita masih rasakan yang rumah kita adalah yang terbaik dan paling selesa? Itulah sebenarnya naluri seorang manusia. Allah ciptakan manusia dengan fitrah ingin kembali kepada asal kita. Tapi harganya sangat MAHAL. Seluruh kemewahan kehidupan didunia tidak akan mampu untuk membeli harga sebuah SYURGA melainkan dengan rahmat Allah s.w.t.
Tiba-tiba aku terasa sangat rindu pada rumahku as in rumah di Kelantan. Sedar x sedar,dah hampir 3tahun lebih aku jarang berada di rumah. Tidak tahu kenapa, tapi rasa sangat rindu. huhu. agaknya kalau boleh balik naik bas je,dah lama beli tiket balik.
ohh,pernahkah aku rindu untuk pulang ke syurga seperti aku rindu untuk pulang ke rumah? Allahu Allah~ sungguh,aku RINDU (-.-)

2 comments:

  1. huhu..tu la..sy pun sokmo rase umh kite pling best sbb may be kite membesar kat sane..

    ReplyDelete
  2. btul...18thn duk mmbsr kt umah tu...tiba2 kno dk jauh...hukhuk~

    ReplyDelete

Syukran jazilan kathira atas komen anda~~