Verses from the Nobel Qur'an

'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."

They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'

( Surah Al-Baqarah : 155-157 )

Friday, January 21, 2011

Maahad bumi berkah

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...

Tidak tahu kenapa tiba-tiba rindu pada sekolah yang dah hampir 5thn ditinggalkan. Ketika terbaca article ini, terus terbayangkan suasana belajar di Maahad Muhammadi Perempuan (2001-2006). Jika itu yang mereka katakan,maka sememangnya maahad telah pun membuktikannya dengan kecemerlangan pelajar setiap tahun tidak kira dalam PMRU,PMR,SMU,SPM ataupun STAM. Maahad telah melahirkan ramai mahasiswa yang bertebaran di setiap pelusuk dunia. Jika dahulunya, kebanyakan pelajar maahad hanya tertumpu pada bidang agama dan menyambung pelajaran di Mesir atau kawasan Timur tengah,sekarang ini sudah ramai pelajar maahad yang memilih bidang-bidang lain seperti medic,engineering etc dan menjadi pelajar di UK, USA, N.Zealand, Australia, Ireland dan lain-lain lagi.

Tahniah buat adik-adik tersayang!
teruskan mujahadahmu menuntut ilmu di bumi maahad~



sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=480388626878&set=a.480388621878.256898.180671576878

Maahad,gemilangmu kerana kecemerlangan akademik,maka hiasilah anugerah itu dengan keperibadian unggul seorang muslimah solehah,mujahidah agung yang bakal mengangkat kembali kegemilangan Islam...

Monday, January 17, 2011

Kita Sibuk Dengan Apa?

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...


Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali



copy from: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1351-kita-sibuk-dengan-apa.html


***

Subhanallah,sangat terpukul apabila baca article ini..Alangkah sibuknya kita mengejar dunia..Moga terselit sekelumit semangat untuk mengikut jejak langkah Kekasih Allah..

Ingatkan aku tentang akhiratMu ya Allah...
Jadikan bayangan syurga menguatkan langkah kami ya Allah...

Saturday, January 15, 2011

Grapes,Peach and Amaanah

When I look outside of the window from my room,I could see grapes and peach,so close till I could even pluck them by myself but unfortunely,I didn't own them. Should I go and tell the owner "you own such a great grapes and peach trees,could I have some of them?" or I just need to ask from the Real Owner?Because the 'fake' owner didn't even care about the trees or maybe he didn't even notice the existence of the trees,perhaps? meanwhile,the Real Owner knows every single fruit that the trees had, '..No fruit comes out of its sheath, nor does a female conceive nor brings forth(young ones),except by His Knowledge...'[41:47]


No,you are a muslim,so you should acknowledge the noble attitude tough by our religion and one of the characteristic of beloved prophet,Muhammad saw, which is amaanah. So,then you should go and ask from the owner if you want to eat them. Alright! ^.^

Do teach yourselves of remembering Him on every little thing you see. Every! 'Therefore remember Me (by praying,glorifying). I will remember you, and be grateful to Me(for My countless Favors on you) and never be ungrateful to Me.'[2:152]

Tuesday, January 11, 2011

Hadiah buat sahabat

11.01.2011
Selamat Hari Lahir
SAHABAT!

Sepuluh tahun berlalu
sepuluh tahun jugalah usia persahabatan kita
sepuluh kali juga lah
aku menitipkan kata indah
khas buatmu
Selamat Hari Lahir 
Nor Madihah Mohd Pakhruddin

Menggamit kenangan lalu
bakal mengukir satu senyuman
senyuman yang bererti 
sejuta pengertian

Aku dan kamu
kita ditemukan
di bumi berkah
atas ikatan terjalin utuh

Aku,kamu dan mereka
sama-sama menempuh
mehnah dalam persahabatan
yang hanya kian kukuh
dek kita disatukan
hanya keranaNya

Satu dekad
terasa bagaikan sehari
memori terakam
sukar digambar dengan kata2
saat indah yang aku pasti
tidak akan mungkin di lakar kembali
PadaMU Rabbi
jangan pernah tinggalkan kami
kepadaMu Tuhan
kekalkan ingatan kami
utuhkan persahabatan kami
keranaMu kami bertemu
demiMu kami meneruskan
ukhwah ini

Aku,kamu dan mereka
berlari, berkongsi, bergurau
segalanya sangat manis untuk diluahkan
sedih,,duka,lara,sendu
tiada yang tersimpan
kerna aku,kamu dan mereka
bisa menenangkan
gelak,senda,tawa,riang
kita kongsi bersama
kerna aku,kamu dan mereka
berhak menikmatinya

Maahad taman ilmu
melahirkan mujahidah agung
penyambung rantai perjuangan

keranamu Maahad
kita ditemukan
bumi yang tiada penggantinya
aku rindu
aku rindu
sungguh aku rindu

Kini kita jauh terpisah antara benua
dek segulung ijazah
namun hati kita tidak pernah sunyi
tidak pernah kelam
kerana sayang kita
tertaut hanya keranaNya

Sayang
teruskan usahamu
mengutip setiap benih mutiara
di bumi Anbiaa
moga bakal mewarnai
dunia Islam kelak
InsyaAllah

Nukilan ikhlas dari sahabatmu
Fatin Nadiah Yusoff
Australia
7.00am
11.01.2011