Berilah hatimu hanya untuk Allah,pasti Allah temukan padamu pemilik yang terbaik,hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya...
Verses from the Nobel Qur'an
'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."
They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'
( Surah Al-Baqarah : 155-157 )
Tuesday, July 28, 2009
Erti Hidup
Monday, July 27, 2009
Jalinan Musim Dingin
Mula2 nak isi borang lagi Allah dah menguji kami.. hehe..Sbbnya x cukup duit..Kalau pilih ketiga2 program, duit tak cukup, jadi nak pilih salah satu je, dan yang dipilih adalah trip sbb xpernah jalan2 lagi. Tapi semua ni kehendak Allah.. tiba2 je sponsor kata dia akan masukkan duit accomodation je dulu 2 bulan.. Alhamdulillah.. jadi boleh la join, sbb duit accomodation kan ada lebih.. (“,)
Malam sebelum JMD ni ada terfikir jugak apa la agaknya JMD, kena ‘brain wash’ ke.. takut jugak.. tapi hati dah tak sabar2 ni..
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..
Port Sea Camp, Here I Come! Cantik.. subhanallah.. dalam dewan yang serba kayu nampak sangat unik. Ciri-ciri alam semulajadi jelas kelihatan, sesuailah dengan tempatnya yang terletak di sebelah laut. Sejuk! Bubble jaket memang sentiasa menjadi penghangat badan sampailah hari yang terakhir.
Aktiviti2 yang disusun sangat menarik. Lain dari yang lain.. sebelah pagi diadakan slot fiqh ibadah oleh ustaz hazizi yang diterbangkan khas dari Malaysia. Slot ni sangat membantu, setiap persoalan tentang kemusykilan agama akan dijawab oleh ustaz dengan penuh yakin dan berserta dengan dalil2 aqli dan naqli.
Seterusnya slot bersama Dr Zaki pada waktu tengah hari. Slot ni pun menarik dan sangat membuka minda! Dr Zaki mengajak semua yang ada mengingat kembali zaman kebangkitan Islam hinggalah zaman kejatuhan khalifah. Dengan berbekalkan semangat yang kental, Rasulullah SAW menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Diteruskan pula dengan perjuangan sahabat2 baginda sehingga berjaya menguasai 2/3 dunia. Tapi apa yang tinggal hari ini? Umat Islam sendiri bagaikan sudah tidak lagi merasai izzah akan Islam, terlalu mengagung2kan barat dek kemajuan yang mereka kecapi sekarang.
Dr Zaki turut menceritakan ‘kisah Kantin’ yang menggambarkan pekerja yang ingkar dengan arahan ketua. Walaupun hanyalah cerita kantin, tapi mesejnya sangat jelas dan menyedarkan kembali siapa kita sebenarnya untuk menolak dan mengingkari setiap hukum yang ditetapkan Allah. Sebegitu banyak keampunan yang diberikan oleh Allah, kita tetap melakukan keingkaran sehinggakan adakalanya merasakan yang kita lebih tahu apa yang kita buat walaupun sudah terang lagi bersuluh semuanya mengundang kemurkaan Sang Pencipta. Allah lebih mngetahui apa yang sesuai dengan fitrah manusia kerana Dia-lah Al-Khaliq…
Jadi apa yang kita perlu lakukan? Menambahkan nilai-nilai angka kosong? Nauzubillah.. bukalah pintu hati untuk ditarbiah. Grab the ‘hidayah’ when it comes…Jadilah ‘ Man with the mission’.
Selain itu terdapat juga lakonan dari sisters(senior2). Lakonan yang sangat memberi kesan yang diberi tajuk ‘Warkah dari bonda’. Menceritakan keadaan ibu pertiwi( Negara kita Malaysia) yang sekarang ini sangat tenat dek pelbagai masalah sosial bagaikan barah yang menular dalam setiap genap remaja kini. Ibu pertiwi begitu mengharapkan kita agar apabila kembali ke tanah air, berbaktilah kepada masyarakat dan agama. Bukannya mementingkan diri sendiri setelah begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan. Kita mestilah pulang dengan membawa sinar Islam yang mampu menyembuhkan barah-barah yang kian tenat. Jadilah seorang Muslim dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
‘Wahai manusia!Sungguh,telah datang kepadamu pelajaran(Al-Quran) dari Tuhanmu,penyembuh penyakit yang ada dalam dada,dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman’ (10:57)
Akhir sekali ialah slot ‘siapa yang tidak pernah menangis’. Setiap peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mewakili kerajaan2 semasa kebangkitan Islam. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat sebuah monument dll. Setelah selesai semuanya, bermulalah rentetan kisah bermula dari kerajaan khulafa’ ar-rasyidin hinggalah turki uthmaniah. Monumen-monumen yang dibina hancur satu persatu rentetan kejatuhan setiap kerajaan.
Sebak,sedih,marah,helpless,geram,takut,bersemangat;setelah merasakan sendiri bagaimana perasaan kita sebagai umat Islam yang melihat jatuhnya setiap satu empayar Islam setelah mengharung penat lelah untuk membentuk dan membina sebuah empayar Islam yang gah. Begitulah analoginya. Yang tinggal sekarang hanyalah serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dari benteng kukuh yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.
Mampukah kita menyatukan kembali kesemuanya? InsyaAllah,Yakinlah dengan janji Allah. Islam akan berada di tempatnya satu hari nanti. Ini bermakna, kalau bukan kita yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan Islam, orang lain yang akan mengambil tempat itu. Bukankah itu satu kerugian kepada kita?Maka,jadilah sebahagian dari yang menyumbang kepada kebangkitan Islam.
Selain itu, terdapat juga aktiviti2 outdoor contohnya giant swing dan beriadah di tepi laut. Overall,JMD 2009 sungguh menarik. Merapatkan ukhuwwah, meningkatkan ilmu dan kesedaran.
Moga diberi kesempatan untuk mengikuti Program Jalinan yang seterusnya =) InsyaAllah~
Moga pintu hati yang diketuk akan disapa oleh istiqomah yang berpanjangan…
Dan moga ukhwah yang terbina kan kekal buat selama-lamanya…
SEBIRU HARI INI
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Hasil nukilan,
Wani
Edited by,
nadzOryan
Thursday, July 16, 2009
Muhasabah Cinta
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu