Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah,stelah lm membiarkan blog ni sunyi tnpa berita,aku gagahkan jua tuk mencoret sedikit kata agar blog ni xde la sunyi sgt...hehe...*Moga aku mampu untuk istiqomah dalam setiap yg aku lakukan*
Syukur,akhirnya setelah merantau di negara org selama 9bulan 10hari(kalo mngandung,mst da dpt baby..ehe~),Allah masih mengizinkan aku utk bertemu kembali dgn kluarga trcinta...sgt rndu...Alhamdulillah...
23 nov 09,tarikh ak pulang ke tanah air...hr yg sgt mletihkan namun terubat bila dismbut oleh mak abh trsayang kt epot...jg sdare n jiran yg dtg...walau da tgh mlm,still dtg...indahnya ukhwah yg tercipta...
Alhamdulillah....byk pengalaman yg dpt ak kutip smsa ak brada di ngra org...pngalaman yg plg brharga yg xmgkin ak akn jumpa di Malaysia...byk perkara yg ak lalui,cabaran yg ditempuh,mslh yg diharungi,smua 2 mematangkan ak dalam mnghadapi hidup dan tuk mneruskan perjalanan di bumi Allah ini...
mslh,cabaran,dugaan dan ujian mmg xkn lari dr hidup stiap manusia....smua 2 Allah da tetapkan utk mnguji sejauh mn keimanan kita sbg hambaNya...spt previous entry, mampukah kta tuk bersyukur tatkala dilanda ksusahan...Alhamdulillah~
ak harap apa yg ak dpt slama 9bln10hr tu xkn sia2...dan moga ak istiqamah...bgku,istiqamah sgt ssh...namun akn ku cuba buat yg trbaik tuk trus istiqamah...krn telah aku pilih jln ini~
Sedikit perkongsian di pagi2 hari..
adik2 yg akak doakan moga kefahaman Islam yg sebenar itu sampai ke hati-hati kita semua,
mungkin berangkatnya kita ke bumi Australia pada awal tahun 2009 ini adalah keberangkatan kita utk mencari segulung ijazah. satu perjalanan utk membawa harapan diri dan keluarga utk menjadi manusia yg berjaya dan berguna..satu perjalanan yg jauh yg hanya akan pulang setelah tiba di penghujung tahun.
Ingatkan hanya akademik yg dicari, rupa-rupanya Allah lebih mengetahui. Dia mencampakkan kita ke bumi Australia kerana ada sinar yg mahu diberi pd hati-hati kecil ini..Sungguh Dia paling sempurna perancanganNya.. Rupa-rupanya ada Islam di situ yg Dia mahu berikan. ada kefahaman Islam yg sebenar yg Dia mahu kita dpt :) kerana Dia tahu bahawa hati-hati kecil ini ada kebaikan di dalamnya :)
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, jangan berhenti mengucap syukur kerana hakikatnya bukan mudah untuk dilanggar hidayah dan mahu kepada Islam. Tahniah akak dahulukan kerana hati-hati kecil ini memilih Islam utk didekatkan diri padanya :)
Adik2, dunia skrg yg sgt mencabar, sgt menggugat iman andai kita tak berpegang pd janji-janiNya spt yg dibentangkan dlm al-QuranNya.. maka andai rasa diri dah dilanggar hidayah, usah lepaskan sinar2 itu. kerana belum tentu ketukan kedua akan datang andai yg pertama disia-siakan hanya kerana nafsu dan kehendak-kehendak dunia.. andai rasa tersepit, jgn biar diri keseorangan. iA masih ada insan2 yg mahu dan teramat mahu membantu kita utk terus berada atas landasan yg betul (dari hati kecil seorang kakak yg juga byk kelemahan yg perlu diperbetulkan :)
Jauh rupanya tempat Allah tentukan utk kita mempelajari ttg agama ini kan hehe, di bumi asing, tempat yg ramai ingkar pdNya bermastautin. moga pulangnya kita bercuti di tanah air tercinta menjadikan kita lebih menghargai Islam yg dianuti :)
ni ak dpt dr email seorg kakak yg sgt sygkan adk2nya fillah~
jazakillahi khoiran kathira~
"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engakau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu,sesungguhnya Engakaulah Maha Pemberi....."