Verses from the Nobel Qur'an

'And certainly,We shall test you with something of fear,hunger,loss of wealth,lives and fruits,but give glad to As-Sabirun (the patient) . Who,when afflicted with calamity,say: "Truly,to Allah we belong and truly,to Him we shall return."

They are those on whom are the Salawat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord,and (they are those who) receive His Mercy,and it is they who are the guided ones.'

( Surah Al-Baqarah : 155-157 )

Sunday, June 12, 2011

Hati

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful...


Bercerita tentang hati. Kenapa mesti? hakikatnya hati sangat dekat,sangat ampuh. Mudah terasa dan mudah memberi rasa. Sungguh, hati ini sangat susah untuk dijaga supaya sentiasa 'aware' diri diperhati 24jam setiap hari. Kerana hati ini raja yang bakal mengarahkan gerak geri seluruh badan.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. 
Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Segala-galanya bermula dengan hati. Disebabkan Allah Maha Mengetahui akan hakikat penciptaan hati ini,maka setiap amalan yang hanya diniatkan kerana Allah,sudah diberi ganjaran walaupun masih tidak melakukan amal tersebut. Sebaliknya,perkara jahat yang terlintas di hati,tidak akan dikira dosa selagi tidak melakukannya. Pemurah kan Allah? 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى"
 فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله 
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها
 "فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)


Makanya,kita sebagai manusia haruslah sentiasa menjaga hati kita. Sentiasa bersihkan hati kita. Kerana,jika tidak dibersihkan dan diri dilazimi dengan maksiat,titik-titik hitam akan terbentuk dihati kita. Makin lama,hati akan semakin gelap. Apabila hati sudah semakin gelap, ilmu menjadi semakin sukar untuk difahami,kata-kata nasihat semakin sukar untuk diterima,teguran dibalas dengan masam muka,dan paling ditakutkan,ayat-ayat Quran tidak lagi mampu untuk melembutkan hatinya. naudzubillahi min zalik.


 Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
O Mover (or flip-flopper) of hearts, make my heart firm upon Your religion
Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
O Mover of hearts, make my heart firm upon the truth
Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
O Mover of hearts, make my heart firm upon Your obedience



hati-hati menjaga hati~